Hijabista

Hijabista

@hijabistamy · 12K subscribers · 1,234 videos · Indonesian

Khas Untuk Fashionista Berhijab. Rujukan lengkap fesyen, dan kecantikan untuk fashionista bertudung di samping perkongsian info untuk membentuk ummah baru me…

Episodes

3:11

Busana Rizman Ruzaini Terus ‘Mendonia’ Di Festival Filem Cannes 2025. Cantiknya RAWDAH MOHAMED!

5.4K views · 1y ago · 3:11

Terpesona tatkala melihat penampilan model dan aktivis, Rawdah Mohamed ketika menghadiri Festival Filem Cannes 2025 baru-baru ini. Editor dan ikon fesyen antarabangsa ini menghadiri acara berprestij itu sambil memperagakan beberapa busana rekaan pereka fesyen ternama. Ramai yang terpesona dengan gaun sutera ‘rose pink’ rekaan Rizman Ruzaini. Terletak cantik di tubuh langsing Rawdah. Simply stunning!

3:04

“Bidang Perguruan Adalah Dunia Saya Sekarang” TASHA MANSHAHAR Kini Digelar ‘Teacher Nadia’

568 views · 1y ago · 3:04

Masih ingat lagi dengan Tasha Manshahar yang pernah popular dengan lagu ‘Terima Kasih Cinta’ ini? Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar kini bergelar guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Melaka, dan dikenali sebagai Teacher Nadia. Walaupun dah bersara sebagai penyanyi tetapi Tasha sentiasa aktif di media sosial berkongsi rutin kehidupannya sebagai guru, isteri dan ibu.

3:06

“Lumrah Sebagai Manusia Kita Nak Berpasangan Tapi….” MUNABELLA

640 views · 1y ago · 3:06

Wanita seharusnya dilindungi bukan dikasari. Itu luahan jujur daripada hos dan penyampai radio, Munabella ketika diajukan soalan berkenaan isu keganasan terhadap wanita. Pernah menerima panggilan daripada pendengar radio serta mempunyai kenalan sendiri yang menjadi mangsa kaki pukul, dijadikan tauladan oleh figura berusia 30 tahun ini untuk sentiasa berwaspada.

3:27

“Ibu Percayakan Saya & Seorang Yang Tegas” SOFEA SHRA

405 views · 1y ago · 3:27

Pencipta kandungan digital, Sofea Shra yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024 menitipkan ucapan istimewa buat ibunya yang tersayang sempena Hari Ibu. Sofea sangat bertuah kerana ibunya sendiri yang mendorong dirinya untuk bergelar content creator. Terus sukses Sofea! Teruskan berkongsi ilmu yang bermanfaat.

3:03

FazsfaoziBeaute Private Preview Party, Santai Tapi Meriah!

115 views · 1y ago · 3:03

Sekitar majlis FazsfaoziBeaute Private Preview Party yang berlangsung dałam suasana santai. Selain aktiviti-aktiviti menarik, turut dilancarkan produk terbaharu. Kehadiran selebriti-selebriti serta pempengaruh media sosial terkenal seperti Hawa Rizwana, Nana Mahazan dan Sofea Shra menyerikan lagi majlis ini.

3:01

Makeup Look Fasha Sandha & Nabila Razali Ke Majlis Resepsi Luna Maya

2.8K views · 1y ago · 3:01

Aduhai, pesona kecantikan Fasha Sandha dan Nabila Razali buat mata sejuk memandang. Dua selebriti Muslimah ini diundang khas ke majlis resepsi perkahwinan Luna Maya di Bali, malam tadi. Masing-masing mengenakan persalinan kebaya dan kain batik, menyerlahkan pesona wanita Melayu tradisional. Wajah Nabila Razali dirias mekap artis Tyas Sofya dengan look angelic, sementara mekap Fasha Sandha tampil anggun dengan sentuhan magis Nadia Nordin

3:48

Cantik & Bijak Isteri Sufian Suhaimi, Rania Al-Sadat

901 views · 1y ago · 3:48

Lengkap pakej wife material, bertuahnya Sufian Suhaimi dapat sunting Rania Al-Sadat sebagai isteri. Selain bergelar peguam, wanita berusia 25 tahun ini minat modelling dan rajin berniaga online. Bukan itu saja, Rania juga seorang yang aktif dan ada lesen menyelam skuba. Tahniah buat pasangan Sufian dan Rania, semoga perkahwinan berkekalan bahagia sampai ke syurga

3:12

7 Tahun Menetap Di Bosnia, Penyanyi Legend Era 90an KRISYA Buat Comeback!

817 views · 1y ago · 3:12

Living legend! Siapa masih ingat lagi penyanyi bersuara germersik ini? Inilah penampilan terkini Krisya yang popular dengan lagu ‘Gemersik’ pada era 90an. Setelah 7 tahun menetap di Bosnia kerana mengikut suami. Krisya kini kembali memeriahkan industri seni tanahair. Krisya ditemui pada sidang media dan pelancaran trailer ‘Keluang Man’ yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini.

3:22

“Mama & Abah Tak Pernah Manjakan Saya” QADEJAH Anak Jutawan Dato' Seri Aliff Syukri

572 views · 1y ago · 3:22

Masha-Allah anak yang hebat. Baru je berusia 15 tahun tetapi matang dan bijak menjawab soalan. Qadejah El Zahra atau dikenali dengan gelaran Cess ini adalah anak kedua kepada pasangan usahawan tersohor Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida. Walaupun keluarga jutawan namun anak-anak dididik dengan baik, seimbang dunia akhirat. Diajar erti kesusahan sejak kecil dan perlu berusaha untuk medapatkan sesuatu.

Showing the 15 most recent episodes. Everything plays right here on Pod Atlas.

Have thoughts about Hijabista? Share them with other listeners.

Discuss this podcast

More Sports podcasts

← Back to all podcasts