Keluar Sekejap

Keluar Sekejap

@keluarsekejap · 430K subscribers · 877 videos · Indonesian

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih …

Episodes

1:14:34

EP13 #KenaSoal | MCA Merajuk?, MUDA Tak Bertanding PRN Melaka, Masa Depan Non Bumis

14K views · 10h ago · 1:14:34

firhanfrdrzl: KS mohon ulas tentang isu gabungan BN-PN di MelakaX Akan kekal lama ke? Sebab tengok MCA macam gaduh dengan UMNO tentang kerusi. yusufkz: Soalan untuk Zaidel, kenapa MUDA tidak bertanding di Melaka? BERSAMA yang parti lebih baru dari MUDA pun bertanding. Macam mana orang nak yakin dengan MUDA kalau dilihat tidak serius untuk turut serta dalam Pilihan Raya?

Topics: Pengenalan · Bersama Neow Choo Seong · MCA Merajuk? · MUDA tak bertanding PRN Melaka · Masa Depan Non Bumis · Reformasi organisasi

44:46

EP29 #SembangKS | Hala TuJu AI Bubble

20K views · 2d ago · 44:46

Guest: Hala TuJu AI Bubble

AI tengah meletup. Saham naik, pelaburan berbilion dolar, pusat data tumbuh macam cendawan lepas hujan. Semua orang nak masuk AI. Tapi persoalannya, kalau semua orang sibuk melabur dalam AI, siapa sebenarnya yang akan buat duit?

33:59

EP28 #SembangKS | Puting Beliung dan Tol

24K views · 5d ago · 33:59

Dalam Episod 28 Sembang KS, kami kembali membincangkan isu-isu semasa dengan gaya santai, jenaka dan analisis politik serta sosial yang mencuit hati. Dari kemelut takhta Negeri Sembilan, kontroversi mahasiswa Universiti Malaya, hinggalah kepada isu gaji minimum dan drama pergaduhan pelawak, pelbagai cerita menarik dibongkar dalam episod kali ini.

1:15:32

EP216 | Zetrix AI, TuJu, Malaysia Punca Jerebu?

128K views · 1w ago · 1:15:32

Dalam Episod 216 Keluar Sekejap membincangkan beberapa isu semasa, antaranya isu Zetrix AI yang didakwa belum membayar RM314 juta kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melibatkan kutipan pembaharuan cukai jalan, lesen memandu dan saman trafik bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September 2026.

Topics: Malaysia & Singapura Punca Jerebu? · ROS Bubar PN · Zetrix Ai · Aplikasi tuJu

32:03

EP27 #SembangKS | Bajet 2027 & Kahwin Sekejap

34K views · 2w ago · 32:03

Dalam Episod 27 Sembang KS, kami kembali dengan pelbagai isu hangat minggu ini, daripada Belanjawan MADANI 2027 yang bernilai RM459.8 bilion, perkahwinan sensasi Bella Astillah dan Syed Saddiq, hinggalah isu jerebu rentas sempadan serta kontroversi berkaitan pengurusan pekerja asing. Seperti biasa, semuanya dibincangkan dengan gaya santai, jenaka dan sindiran yang mencuit hati, tetapi tetap membawa persoalan serius tentang politik, ekonomi dan masyarakat.

1:22:39

EP215 | Analisis Belanjawan 2027

178K views · 2w ago · 1:22:39

Episod 215 Keluar Sekejap membincangkan Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di Dewan Rakyat. Perbincangan meneliti skala perbelanjaan negara, keutamaan fiskal kerajaan serta persoalan sama ada belanjawan ini lebih tertumpu kepada pertimbangan pilihan raya atau usaha memperkukuh ekonomi Malaysia dalam jangka panjang.

Topics: Belanjawan 2027 · Isu Jerebu · Isu Rohingya

46:55

EP26 #SembangKS | Cukai Bujang Lapok dan Bah di BahRain

26K views · 3w ago · 46:55

Dalam Episod 26 Sembang KS, kami kembali dengan pelbagai cerita yang mencuit hati, isu semasa yang serius dan sudah tentu... sedikit bahan-membahan. Kali ini, kami bersiaran dari Litar Sepang selepas perlumbaan tamat — sambil menunggu trafik reda dan cuba menerima hakikat bahawa balik dari litar mungkin lebih mencabar daripada perlumbaan itu sendiri.

1:35:41

EP214 | F1 Sepang, Krisis Berpanjangan N9, Loke Letak Jawatan, Gabungan PRN Melaka, EPF 16%

155K views · 3w ago · 1:35:41

Episod 214 Keluar Sekejap membincangkan perkembangan Formula 1 yang berlangsung di Sepang pada 2026, termasuk pengalaman menonton perlumbaan dan persoalan mengenai sambutan serta masa depan Formula 1 di Malaysia. Turut dibincangkan perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah serta perkembangan politik Negeri Sembilan, khususnya krisis takhta yang berpanjangan.

Topics: Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 · Perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah · Krisis Takhta Berpanjangan Negeri Sembilan · Peletakan Jawatan MP Petaling Jaya · Peletakan Jawatan Anthony Loke · Gabungan dalam PRN Melaka

33:43

EP25 #SembangKS | Tun Hasmah dan Rangkuman Berita Minggu Lepas

35K views · 1mo ago · 33:43

Daripada pemergian Tun Dr Hasmah, kepada rangkuman berita-berita politik serta isu semasa pada minggu lepas. Dalam episod kali ni kita sembang PRN Melaka & 7 ADUN lantikan PN digantung & pergolakan Bersatu Makan malam PH-Bersatu di Melaka Kes Mandiri & dakwaan mafia korporat Kontroversi restoran dan isu halal Bahasa Melayu dalam majalah Malaysia Airlines Kebun sawit & kebakaran hutan di Indonesia Intan Najuwa dan isu nurses “MERDEKA!” demi Dubai Chewy…

1:13:39

EP213 | The Journey of Thailand’s Almost Prime Minister: Pita Limjaroenrat

104K views · 1mo ago · 1:13:39

Dalam episod kali ini, Keluar Sekejap membawakan temu bual khas bersama Pita Limjaroenrat, bekas pemimpin Move Forward Party dan tokoh politik Thailand yang hampir menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya 2023. Pita berkongsi perjalanan politiknya — daripada latar belakang sebagai konsultan di Boston Consulting Group, pengalaman bekerja dalam sektor swasta dan kerajaan, hinggalah kemunculan Future Forward Party dan kejayaan Move Forward dalam pilihan raya Thailand.

Topics: Pengenalan Pita Limjaroenrat & tujuan kunjungan ke Malaysia · Kemunculan Future Forward Party & permulaan perjalanan politik · Pembubaran parti, lawfare & cabaran politik Thailand · Kemenangan pilihan raya 2023 & mengapa Pita tidak menjadi Perdana Menteri · Move Forward, reformasi & kedudukan terhadap monarki · Selepas pilihan raya: tekanan politik dan pengalaman peribadi

1:07:58

EP12 #KenaSoal | Tabung Najib, Kenyataan KPM-MITI, Teknokrat Dalam Politik, Rumah Untuk Anak Muda

33K views · 1mo ago · 1:07:58

smoothies.freak: Kenapa ada satu masa dulu Anwar kata beliau yang bawa agenda pengampunan Najib ke Lembaga Pengampunan tetapi kini beliau dilihat cuci tangan mengatakan ini kuasa Agong? mem.chk: Walaupun pengampunan Najib kuasa Agong, adakah ia keputusan yang selari dengan nilai yang dilaungkan dan dijunjung Pakatan Harapan? Kenapa Pakatan Harapan dilihat letgo issue ini?

Topics: Pengenalan · Pengampunan Najib · Tabung Solidariti Najib · Kenyataan Bercanggah KPM-MITI · Teknokrat Dalam Politik · Rumah Untuk Anak Muda

41:01

EP24 #SembangKS | Keretapi Sekejap

28K views · 1mo ago · 41:01

Guest: Keretapi Sekejap

Dari tahanan rumah, krisis takhta Negeri Sembilan dan bil elektrik yang makin mencabar, sampai data pengadu yang boleh “terlepas” dari kaunter kerajaan — Sembang KS Episod 24 memang bergerak ke sana sini. Kali ni kita bawak pula segmen baru: KERETAPI SEKEJAP!

1:33:00

EP212 | Pengampunan Najib, Perhimpunan Agung UMNO 2026, Keputusan PISA 2025

176K views · 1mo ago · 1:33:00

Episod 212 Keluar Sekejap membincangkan keputusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim, yang memperkenankan supaya Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda sebanyak RM50 juta serta syarat-syarat yang ditetapkan.

Topics: Pengampunan Najib · Perhimpunan Agung UMNO 2026 · Hubungan PH-BN & PN · Ucapan Zahid & Visi Politik · Keputusan PISA 2025 · Penutup

42:07

EP23 #SembangKS | PAU, Kapitalis Sambal dan Pusat Data

36K views · 1mo ago · 42:07

Dalam Episod 23 Sembang KS, Zaidel Baharuddin kembali dengan gaya santai, jenaka dan ulasan isu semasa — daripada pendakwaan melibatkan pemimpin UMNO dan Tabung Haji, kemeriahan PAU 2026, hinggalah kepada label “kapitalis sambal” yang dilemparkan kepada Khairul Aming.

32:25

EP22 #SembangKS | Suci Dalam Jerebu

30K views · 1mo ago · 32:25

Guest: Suci Dalam Jerebu

Daripada gaduh potong barisan dan video viral, kepada baju oren SPRM, drama Madu atau Racun dan kemalangan bas yang tiba-tiba jadi contoh keharmonian rakyat Malaysia... minggu ni Sembang KS memang penuh dengan benda yang buat kita tertanya-tanya, “Apa benda sebenarnya berlaku ni?”

Showing the 15 most recent episodes. Everything plays right here on Pod Atlas.

Have thoughts about Keluar Sekejap? Share them with other listeners.

Discuss this podcast

More News & Politics podcasts

← Back to all podcasts