3:01"Kakak Sudah All-Out, Harap Mommy Bangga Dengan Kakak & Abang.." Irdiena Hakim
522 views · 11h ago · 3:01
Realiti Impian Wanita Nona melengkapi gaya hidup wanita moden meliputi inspirasi kehidupan kerabat diraja, VVIP, wanita cemerlang, fesyen, kecantikan, dekora…
3:01522 views · 11h ago · 3:01
22:08235 views · 2d ago · 22:08
Guest: Syamsul Debat
Di sebalik jenaka bersahaja dan kepetahan berceramah yang sering mencuit hati, tersimpan sebuah perjalanan luar biasa seorang anak kampung yang tidak pernah merancang untuk bergelar pakar motivasi. Daripada dunia perundangan ke pentas motivasi, Syamsul Debat membuktikan bahawa kekuatan ilmu bukan sekadar pada kebijaksanaan berhujah, tetapi keupayaan menyentuh hati, mengubah pemikiran dan membimbing masyarakat menjadi insan yang lebih baik.
35:53736 views · 3d ago · 35:53
“Doktor kata saya hanya ada enam bulan untuk hidup...” Bayangkan, ketika segala impian sedang indah dirancang, tiba-tiba diberitahu bahawa masa yang berbaki mungkin tidak panjang. Itulah kenyataan paling memilukan yang terpaksa ditelan Dato’ Sri Seri Udani Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Nutra Rich Energy Sdn Bhd, figura korporat yang berjaya membina nama dalam industri minyak dan gas.
22:43112 views · 5d ago · 22:43
Dunia fesyen tanah air sentiasa berevolusi, namun tidak ramai yang mampu bertahan dan kekal relevan mengharungi gelombang industri yang kompetitif. Mempertaruhkan bakat, keberanian serta keserasian luar biasa, jenama ARUNSAYFULL yang diterajui dua individu, Arun Martin dan Sayfull Eizarm, kini berdiri megah menghampiri usia sedekad.
23:281.1K views · 1w ago · 23:28
Tampil serasi dan sarat visi, pasangan selebriti dan usahawan Nur Ali Nadzwan dan Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab membuktikan bahawa cinta, disiplin serta keberanian meneroka peluang mampu membina empayar perniagaan bernilai jutaan ringgit.
3:4397 views · 1w ago · 3:43
Empat dekad melakar sejarah, kini sebuah lagi detik istimewa tercipta. Menjelang kemuncak Nona Gala Awards 2026 pada 18 November ini, Nona bersama SeeNI menghimpunkan rakan media, barisan penaja dan tetamu kehormat dalam sebuah pertemuan Media Soirée yang eksklusif.
25:03224 views · 1w ago · 25:03
Di sebalik gelaran Ratu Boling Padang Negara, atlet jelita yang dinobatkan Nona Sports Icon Award sempena Nona Gala Awards 2026 ini masih menyimpan rindu pada arwah ayah tercinta. Sarjan Mejar Emma Firyana Saroji pernah berada di titik paling rapuh apabila kehilangan insan tersebut yang menjadi sumber kekuatannya.
Showing the 7 most recent episodes. Everything plays right here on Pod Atlas.
Have thoughts about NONA? Share them with other listeners.
Discuss this podcast