Pa&Ma

Pa&Ma

@pamaofficial · 88K subscribers · 5,519 videos · Indonesian

Panduan Lengkap Keibubapaan & Prasekolah Portal lengkap untuk ibu bapa muda. Menyediakan panduan kehamilan, kelahiran, pembesaran dan perkembangan si manja s…

Episodes

11:31

Bulan Kesedaran Kanser Payudara | Pa&Ma Spotlight

73 views · 1w ago · 11:31

Guest: Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Pinktober), Dr Normayah Kitan, Pakar Perunding Bedah Payudara dan Endokrin, berkongsi tentang mitos, fakta serta kepentingan pengesanan awal kanser payudara yang perlu diketahui oleh setiap wanita.

3:43

Baby Merangkak Race 2026 x PTPTN Highlights

138 views · 2w ago · 3:43

Gelagat si comel merangkak penuh semangat mencuri perhatian apabila seramai 130 bayi menyertai Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN 2026 yang berlangsung di Central i-City, Shah Alam pada 27 September yang lalu. Pelbagai aksi comel dan gelagat mencuit hati menceriakan suasana, pastinya menjadi kenangan manis buat seluruh keluarga yang hadir.

27:59

PART 2 | Anak Beradab Tidak Terjadi Sendiri, Ia Dibentuk Sejak Kecil

1.2K views · 3w ago · 27:59

Anak pandai boleh diasah, tapi bagaimana pula dengan adab? Hakikatnya, anak yang beradab tidak terbentuk dengan sendiri. Ia bermula daripada apa yang dilihat, didengar dan diajar oleh ibu ayah sejak mereka kecil lagi. Dalam Podcast Tanya Pakar kali ini, pakar motivasi tersohor, Datuk Dr Hj. Fadzilah Kamsah berkongsi tentang pentingnya membentuk adab anak dari awal agar nilai baik itu terus dibawa sehingga mereka dewasa. Perkongsian yang setiap ibu ayah perlu dengar.

21:38

PART 1| Anak Beradab Tidak Terjadi Sendiri, Ia Dibentuk Sejak Kecil

6.6K views · 4w ago · 21:38

Anak pandai boleh diasah, tapi bagaimana pula dengan adab? Hakikatnya, anak yang beradab tidak terbentuk dengan sendiri. Ia bermula daripada apa yang dilihat, didengar dan diajar oleh ibu ayah sejak mereka kecil lagi. Dalam Podcast Tanya Pakar kali ini, pakar motivasi tersohor, Datuk Dr Hj. Fadzilah Kamsah berkongsi tentang pentingnya membentuk adab anak dari awal agar nilai baik itu terus dibawa sehingga mereka dewasa. Perkongsian yang setiap ibu ayah perlu dengar.

4:10

Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 Highlights

135 views · 1mo ago · 4:10

Biarpun Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 telah berlangsung pada awal September yang lalu, kemeriahannya masih terasa. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memupuk kesedaran membuat simpanan pendidikan. Ayuh, sama-sama saksikan momen indah yang sempat dirakamkan sepanjang berlangsungnya Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 yang lalu di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur

3:35

Messy Play Untuk Anak 1-3 Tahun

177 views · 1mo ago · 3:35

Tak perlu mainan mahal pun untuk buat bayi seronok meneroka. Dengan bahan-bahan simple yang ada di rumah, mama papa sebenarnya dah boleh buat aktiviti messy play yang sesuai untuk si kecil. Kali ini, Hana dari Googoogaga Play tunjukkan 2 jenis messy play yang boleh dicuba untuk bayi berusia 1-3 Tahun. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada bayi meneroka tekstur, warna dan pergerakan menggunakan deria mereka sambil bermain.

4:20

Aktiviti Messy Play Untuk Bayi 6-12 Bulan

76 views · 1mo ago · 4:20

Tak perlu mainan mahal pun untuk buat bayi seronok meneroka. Dengan bahan-bahan simple yang ada di rumah, mama papa sebenarnya dah boleh buat aktiviti messy play yang sesuai untuk si kecil. Kali ini, Hana dari Googoogaga Play tunjukkan 2 jenis messy play yang boleh dicuba untuk bayi berusia 6–12 bulan. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada bayi meneroka tekstur, warna dan pergerakan menggunakan deria mereka sambil bermain.

3:34

JALEN x Edutainment Fest 2026 Highlights

166 views · 1mo ago · 3:34

Meriah, ceria & penuh gelak tawa! Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 yang disokong oleh JALEN memang happening habis! Masing-masing tunjuk kreativiti, semangat dan paling penting, semua balik dengan senyuman! Inilah dia bila belajar, bermain dan mencipta memori digabungkan dalam satu acara!

Showing the 11 most recent episodes. Everything plays right here on Pod Atlas.

Have thoughts about Pa&Ma? Share them with other listeners.

Discuss this podcast

More Society, Culture & Lifestyle podcasts

← Back to all podcasts